Friday 1 January 2016

Pilihan Sukar Semasa di Persimpangan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah, selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal. 
[Surah Muhammad, 47: Ayat 19]
************************************************************


Alhamdulillah Syukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. 


Bermulanya Pencarian


Pencarian ilmu mengenali diri selama ini telah merungkai banyak persoalan didalam fikiran dan akhirnya telah menghasilkan pertemuaan kepada kebenaran.

Pada permulaannya banyak persoalan didalam fikiran saya tentang siapakah saya ketika berada di sekolah menengah lagi.

Saya jarang bergaul dengan orang tetapi banyak berfikir tentang kehidupan manusia dan melihat gelagat orang disekeliling. Dari situ tercetusnya persoalan siapakah saya dan mereka semua. Daripada mana kita datang dan apakah tujuan kita di muka bumi ini.

Persoalan-persoalan itu terus bermain didalam fikiran sehinggalah saya belajar di kolej dan universiti. Banyak masa saya habiskan dikolej dan universiti membaca buku-buku mengenali diri dan Allah. Saya belajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) di International University College Technology Twintech (IUCTT) tahun 2001-2005, dan Ijazah Sarjana Muda Electrical di UTMSpace.

Apa yang menariknya ketika setiap kali peperiksaan semester semakin dekat. Persoalan-persoalan itu berlegar-legar difikiran berbanding dengan kerisauan soalan peperiksaan. Alhamdulillah lulus juga peperiksaan diploma dan ijazah... huhu.. Ketika itu, banyak masa saya habiskan untuk membaca buku mengenai mengenal diri dan Allah.

Selepas saya habis belajar. Saya terus menghadiri pelbagai program untuk mengenal diri dan banyak masa saya habiskan membaca buku-buku berkaitan tauhid dan mengenal diri. Lama-kelamaan persoalan selama ini telah membawa saya kepada kelas-kelas dan ceramah agama.




Antara kelas-kelas yang saya pernah menyertai adalah kelas-kelas Kitab Turath, Kitab Allah: Syariat dan Hakikat, Kitab Usul Al-Tahqiq dan banyak lagi. Kelas yang saya suka pergi adalah kelas ustaz Fakhrurrazi dan Ustaz Mohamad Bin Sellah kerana pendekatan kedua-dua ustaz ini boleh menghuraikan dan mengajar mengenai tauhid yang mudah saya fahami.


Kitab Turath




Kitab Allah: Syariat & Hakikat





Berada di Titik Persimpangan Pilihan Jalan Yang Sebenar Bermula




Selepas beberapa lama  saya mempelajari ilmu tauhid mengenal diri dan Allah. Pada permulaan memang mudah untuk saya pelajari ilmu mengenal diri dan Allah di dalam kelas. Sehinggalah suatu masa tu saya rasa sukar untuk mempraktikan didalam kehidupan seharian. Iaitu semasa saya bekerja dan melakukan aktiviti seharian saya rasa macam tidak mempelajari apa-apa dan tidak memberi kesan dalam diri saya.

Saya berfikir lagi. Kenapalah susah sangat nak mengenal diri dan Allah. Bagaikan ada yang kurang lagi. Persoalan yang dahulu datang kembali bermain didalam fikiran.

Selepas itu saya memperbanyakkan lagi menghadiri kelas-kelas sehinggalah saya menghadiri sebuah program Mengenal Ilah di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Kelantan.

Alhamdulillah. barulah saya tahu Ilmu mengenal diri dan Allah perlu belajar melalui rukun islam yang pertama iaitu Syahadah dan perlulah melalui saluran serta kaedah yang betul. Kembali semula kepada fitrah manusia. Ianya betul-betul memberi kesan yang mendalam didalam diri dan memberi kesan didalam kehidupan seharian.








No comments:

Post a Comment